"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah
yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah
dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah
ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
Dia
memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke
dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia
kembali kepada suaminya.
Asraf
Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh
yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang
Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir
ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat
subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut
dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang
yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini
sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik
benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya
itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin
isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya
dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu
wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah
periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak.
Teringat
dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan
seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid
Putra.
Dulu,
sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam
Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada
hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya
hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan
Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan
penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2.
Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan
semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita.
Aliyah sayangkan Abang…
3.
Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak
Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang
yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama
1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang
yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke
Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang
ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,
sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah
sayangkan Abg…
Tetapi
jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah
sayangkan Abang…
Tetapi,
jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya
pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
No comments:
Post a Comment