Friday, October 9, 2015

Asal sweet sgt hah?Jeles aq --"

Pada suatu hari, si isteri sedang sibuk membasuh baju. Tiba-tiba datang si suami. Mungkin disebabkan baru berkahwin, maka si suami suka mencium isterinya.
Oleh sebab isterinya masih malu-malu, maka isterinya berkata,

“Abang, abang suka cium sayang ea? Ermm, kalau abang tolong sayang buat keja, nanti sayang bagi abang cium.”

Si suami berkata,

“1 kerja 1 ciuman eh?”

Si isteri balas, “Iya...sambil tersenyum”.

Maka selepas si suami tau bila setiap kerja yang dibuatnya dia akan mendapat ciuman, terus si suami mengambil baju yang hendak disidai.

Sambil menyidai dia mengira bilangan pakaian yang disidai.

“1…2…3…4…”. X lama lepas tu, si suami memandang isterinya sambil berkata,

“Sayang, 1 helai 1 ciuman ea?”

 Si isteri bila melihat keletah si suami, isterinya tersenyum, =).

Setelah habis sidai baju, si suami pergi ke arah isterinya sambil menunjukkan buku 555. Si suami menunjukkan bilangan baju yang disidai yang telah dicatatnya tadi sambil bercakap,

“Baju tadi total abang sidai semua 25 helai. Sayang kena bagi abang 25 ciuman ea nanti.”

Isterinya berkata,

“Ermm, 25 ciuman.. Tapi tunggu lepas sayang lipat baju ea?”

Selepas baju kering, si isteri angkat dan bawanya masuk ke rumah untuk dilipat.Semasa si isteri hampir habis melipat baju. Si suami datang. Suaminya berkata,

“Ish, sayang ni buat kerja bukan nak panggil abang. Tengok tinggal 3 helai je”.

Si isteri berkata, “Erm, abang lipatlah lagi 3 helai tu.”

Sambil si suami melipat baju, si suami mengira, “1..2..3..”

Setelah habis si suami lipat 3 helai baju itu, si suami ambil baju yang telah dilipat oleh isterinya. Si suami buka kembali lipatan isterinya, kemudian dilipatnya kembali.

Si isteri terus bertanya kepada suaminya,

“Abang, kenapa bukak balik baju yang sayang dah lipat?”

Si suami balas,

“Xpelah, sayang kata 1 helai 1 ciuman, abang tadi dapat lipat 3 helai je. Mana cukup. Kalau abang bukak balik pastu lipat balik sama jugakkan?. Abang nak ciuman lebih dari sayang.”

Si isteri berkata, “Comellah suami sayang ni”….sambil tersenyum,=)”

Lepas habis sesi lipat melipat, seperti yang telah si isteri janjikan, isteri tersebut perlu memberikan “hadiah” yang telah dituntut oleh suaminya.

Erkk..cukup…Lepas tu apa jadi eh?

Pasangan Kerana ALLAH

Sepasang Suami Isteri “Sweet Couple”
sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya…

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie,semua org memerhatikan kita kan?Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yangserba kekurangan ni sebagai isteri abg

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun… (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg… (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH… ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA… Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang
sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie… dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang….
ISTERI: Tapi abg……..

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada
teman untuk Tahajjud di sepertiga malam… sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang????
susah tau…

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo… isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya).. Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik
bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie… abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti… InsyaALLAH di syurga nnti juga… kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah kat masjid..
ABANG SAYANG ISTERI ABG…. (^^ ,)
Allahurabbi… 
so kta kna trima psngan kita seadanya

Cerita Pendek....Tapi Sa-weet gilerr

Semalam, genaplah setahun aku berkahwin. Aku tak sangka yang hidup lepas kahwin ni memang lain gila! Yelah, kahwin pun dengan gadis yang lain dari yang lain kan.
Alaa…semua orang pun boleh label pasangan mereka lain dari yang lain. Tapi, dari segi apa lain dari yang lain itu? Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Dan gadis itu, aku pandang dia lain dari yang lain… mengikut terma aku.
Kalau nak cerita pasal dia,  10 hari 10 malam pun belum tentu habis kisahnya. Tapi, aku nak cerita jugak.
Aira. Gadis yang aku anggap sangat istimewa. Satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri dan menyimpan hati aku sampai sekarang.
Aku kenal dia sejak kami belajar lagi. Kami satu kolej, tapi lain aliran. Dia student kewartawanan, aku kejuruteraan. Kami mula berkenalan pun sejak dia interview aku dulu.
Nak dekat dengan dia ni, bukan main susah! Tapi ayat punya ayat, akhirnya melekat jugekk. Yelah, dah jodoh kan? Lari la ke laut mana sekalipun, dalam periuk bertemu jugak. Eh?
Lainnya dia ni aku perasan, dia tak sama dengan student-student perempuan lain yang ada dekat kolej tu dulu. Dikala diorang sibuk berfesyen dengan gaya tudung yang bermacam-macam rupa, sampai aku sendiri pun tak tergayakan nengok fesyen diorang tu, dia pulak simple je gaya tudungnya, bertudung bawal yang dipin di kedua-dua bahunya.
Benda yang orang semua suka, benda tu lah yang dia takkan suka. Katanya, “Kalau semua orang suka benda yang sama je, tak best lah. Tak warna-warni lah hidup ni kan?” Betul jugak cakap dia tu.
Sedang kebanyakan perempuan sekarang ni gila dekat artis korea,  suka sangat dengar lagu dan layan cerita-cerita diorang, gadis ku ini pulak masih steady dengar lagu-lagu slow rock kegemaran ayah-ayah kita dulu.  Dan cerita kegemarannya tetap cerita melayu.
Selama aku kenal dia, susah nak tengok dia menangis. Kau bagilah masalah besar mana pun hempuk atas kepala dia, dia still akan chill dan cool. Tapi sekecil-kecil hal macam tengok wayang cerita melayu yang sedih tu, dia boleh beria-ia menangis! Bila isu tersebut dibincangkan, katanya, “Itu lah uniknya perempuan. Awak mana tahu.” Hmm…memanglah susah aku nak faham perempuan ni.
Aku akui, dia mungkin tidak selemah lembut gadis lain kerana dia agak garang dan mudah marah.  Namun segarang-garang gadis ku itu, kadang-kadang terserlah juga kelembutannya.  Dalam sikapnya yang mudah marah itu, aku nampak juga tingkah laku manja yang cuba disoroknya.
Lebih kurang macam lagu Fynn Jamal tu, “Dia punya manja, aku saja boleh rasa…” hehehe… sweet kan lagu tu? Kalau tak, takkan Ainan Tasneem nak nyanyi balik kan?
Dan kerana lainnya sifat gadis itu, hati aku cair meleleh-leleh.  Jika kau tengok macam mana rupa air batu cair, cair lagi hati aku.
Kalau ditanya mengapa aku boleh jatuh cinta dengannya, memang aku takkan boleh jawab. Seperti mana aku tak pernah perasan, sejak bila aku mula jatuh cinta dengan dia.
Macam kata Beto Kusyairy dalam teater ‘Ramleefestasi’ lakonannya dengan Cristina Suzanne yang pernah aku tonton dulu, “Kau tak perlu sebab untuk menyukai seseorang itu. Kalau kau sukakan dia kerana rupa atau sikap, semua tu takkan kekal. Jadi memadailah kau sukakan dia kerana ‘dia’ adalah ‘dia’.”
Mungkin ayatnya tak sama sangat sebab bukan ayatnya yang aku nak cerita sekarang ni, tapi apa yang cuba dia sampaikan. Itu yang penting untuk kita faham. Korang faham kan?
Yang aku kata lainnya pulak bila dah kahwin ni ialah sifat dia yang boleh dikatakan berubah 360 darjah. Tapi alhamdulillah lah, dia berubah menjadi yang lebih baik.
Sebelum kahwin dulu, susah nak tengok dia senyum. Kalau tak ada sebab, memang taklah dia nak tersenyum. Bukanlah dia tak suka ‘bersedekah’, dah memang dia jenis yang susah nak senyum. Nak buat macam mana kan? Itulah yang aku terima seadanya.
Tapi lepas kahwin ni, pagi-pagi lagi aku akan dihadiahkan senyuman manis dari dia yang setia duduk di tepi katil menunggu aku bangun dari tidur. Sweet ke tidekk?
Sebelum dia jadi milik aku dulu, memang sukar untuk menyentuhnya. Hatta memegang tangannya sekalipun. Kalau aku tersentuh sikit pun dia dah masamkan muka. Katanya, “Awak ingat perempuan tu boleh dipegang free-free aje? Kena bayar mas kahwin tau!” Aku senyum je dengar.
Tapi lepas dah bayar mas kahwin, dia sendiri yang suka peluk aku. Yelah, dah halal kan? Ahha…
Masa kitorang dating dulu, untunglah kalau dia nak call…alasannya, memang menyakitkan hati. Nak save credit! Kedekut sangat bunyinya. Tapi sekarang, setiap hari dia yang akan gigih call aku dekat office, nak tanyalah lakinya dah makan ke belum? Makan apa semua. Tak pernah miss satu hari pun. Katanya kalau tak dengar suara aku satu hari, nanti rindu. Ceh. Bukan ke nanti jumpa dekat rumah?
Tiada ku sangka, isteri aku tu rupanya pandai mengayat jugak.  Hai Aira..kau memang buat aku gila bayang!
Kalau aku tahulah, yang aku akan bahagia hidup dengan dia lepas kahwin ni..dari kecik lagi aku dah kahwin dengan dia. Eh, takkan gatal sangat kot?
Dan semalam, kami selamat menyambut anniversary kami yang ke setahun. Harapnya, kekal lah sampai ke syurga. InsyaAllah…
Tapi, kenapa yang aku rajin sangat cerita pasal Aira ni? Pasal aku tengah bosan duduk dalam kereta sorang-sorang. Aku sebenarnya tengah tunggu Aira habis interview. Interview siapa? Ha.. Ini yang kita tak tahu.
Aku dah janji dengan dia nak jemput dia hari ni. Tu yang sekarang tengah tercongok je tak tahu nak buat apa ni.
Aku jeling jam di tangan. Senyum. Oh, patutlah. Dia kata habis pukul 5.30, sekarang baru pukul 5.25. Excited sangat nak jemput dia, sebab tu aku cabut awal dari office tadi.
Lima minit lagi..Aira oh Ai… haa..tu pun dia…
Korang, tu lah isteri aku. Aira…Atau nama sebenarnya, Zuhairatunnurfatin. Memang namanya panjang. Orang kata kalau nama perempuan panjang, susah nak sebut masa akad nikah. Apedehal? Kalau dah nama tu memang tersemat dalam hati kau, nescaya lancarlah kau nak menyebutnya masa akad  nikah nanti, yetak?
Tapi, aku panggil dia Aira je, kadang-kadang sayang ke, manja ke, darling ke, serta sewaktu dengannya. Umurnya 26 tahun, bekerja sebagai wartawan majalah.
Aku tengok Aira keluar dari bangunan pejabat yang tinggi melangit ni. Ingat nak datang dekat lah. Aku pun mula nak masuk gear, nak ke depan. Tapi langkah aku terhenti bila nampak sesuatu.
Hishh…lelaki mana pulak dengan Aira aku tu? Amboi, bukan main mesra lagi. Dok gelak-gelak sakan! Nak kena beduk agaknya jantan ni! Awas kau!
Lama jugak la aku spy diorang ni. Syok berborak punya pasal, sampai Aira tak perasan-perasan aku dah lama sampai dekat situ. Hishh..siapa mamat tu? Bergaya bukan main. Ni yang cemburu lelaki aku mula nak meroyan ni!
Beberapa minit lepas tu, baru Aira perasan aku dah sampai. Dia datang dekat kereta. Masuk aje kereta dia salam tangan aku sambil senyum.
“Hai sayang!” Sapanya.
“Hmm…” Aku balas pendek. Merajuk lah kononnya.
“Abang dah lama sampai ke? Sorry lah Aira tak perasan.”
“Tak apa lah.” Aku terus memandu. Aira cuma senyum je. Tak sedar lagi lah tu, yang aku tengah merajuk.
Dalam perjalanan, aku diam je. Aira yang banyak berceloteh itu dan ini. Sempat jugak dia bercerita tentang sesi interview dia tadi.
###
Kertas kerja berlambak-lambak atas meja ni. Tapi aku tak boleh nak fokus, masih fikirkan apa yang aku nampak petang tadi. Salah aku ke cemburu sangat dengan isteri aku tu? Aira tak habis-habis cerita pasal mamat tu tadi. Businessman ternama lah. Berjaya lah. Macamlah bagus sangat!
Sekarang dia tengah nyeyak tidur dalam bilik. Biasanya macam tu lah, balik je kerja dia akan tidur dulu dan bangun semula tengah malam. Penat sangat, aku tahulah kerja dia tu sibuk. Tapi masalahnya aku tengah kusut ni, dia boleh pulak sedap bantai tido!
Tiba-tiba datang ‘sesuatu’ mendakap aku dari belakang. Sebuah ciuman juga turut mendarat di pipi. Aroma harum dari tubuh sang isteri menusuk hidung. Hishh..nak goda aku la tu!
Senyuman manis dilemparkan olehnya namun aku balas nipis.
“Abang nak apa-apa? Minum ke, Aira buat kan…”
“Tak apa lah…” Suara aku macam tu dengan harapan Aira tahu aku merajuk. Haha…
“Abang okey ke ni? Dari petang tadi, lain macam je Aira tengok?” Yes! Dia dah mula perasan.
“Okey je…” Aku jawab sambil pura-pura sibuk.
“Yelah tu? Abang ni, kalau ada masalah cakaplah dengan Aira. Janganlah monyok macam tu. Dah tak handsome dah tu hah.” Aira gelak.
“Yelah, abang ni tak handsome. Tak macam orang yang awak interview petang tadi tu.” Aku kalau merajuk, memang macam perempuan. Rasakan! Dulu kau merajuk, bukan main payah lagi aku nak pujuk. Ni baru sikit ni.
“Eh…lain macam je bunyinya tu? Abang jealous ke? Alolo…cute nya…” Aira cubit pipi aku. Aku tepis lalu bangun dari meja makan dan duduk di sofa.
Aira jugak ikut duduk di sebelah aku. “Memang betul apa? Abang ni tak hebat macam orang-orang yang awak interview semua tu. Selebriti lah, doktor lah, pilot lah, businessman lah!” Perkataan businessman tu saja je aku kuatkan.
“Apalah yang abang nak jealous sangat ni? Aira bukannya first time interview orang bang.”
“Yelah, awak tu, mesra sangat dengan mamat petang tadi tu. Dulu awak tak macam tu pun? Dengan lelaki bukan main garang lagi. Dengan dia tu, boleh pulak awak bergelak sakan?”
“Alaa…abang janganlah jealous sangat.  Saya cuma interview dia je…tak ada buat apa-apa yang boleh buat abang jealous pun. Percayalah…” Aira melentokkan kepalanya di bahu aku.
“Abang bukan nak jealous sangat, tapi tengok awak selalu jumpa macam-macam orang, abang tercabar jugak.”
“Abang, abang jangan risau ek? Sepopular mana pun selebriti, sekaya manapun businessman, sebijak manapun doktor, sehebat manapun pilot yang saya jumpa, yang saya interview…saya cuma pandang ‘engineer hati’ saya ni je…saya sayang dia sorang je,” Aira senyum pandang aku sambil mengenyitkan mata.
Aku yang dengar dah senyum-senyum macam mat kuntum.  Yahoo…! Bunga-bunga hati aku dengar isteri aku cakap macam tu.
“And by the way yang, he’s married already with my bestfriend Afeeqah. Feeqah yang suggest Aira interview husband dia, masa Aira sibuk cari orang nak interview untuk column Aira tu.” Aku pandang Aira sambil senyum.
“Fuhh..lega hati abang dengar dia dah kahwin!” Aira senyum lalu tarik bahu aku menyuruh aku memandang menghadapnya.
“Jadi, sempena abang dah salah faham hari ni, Aira nak nyanyikan satu lagu untuk abang.”
“Lagu apa?” Aku pandang Aira sambil tongkat dagu.
“Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hati ku…Terukir di bintang tak mungkin hilang, cintaku padamu…” Cup.. . sejurus itu, satu ciuman singgah di pipi aku.
Aku pandang Aira. Aira senyum-senyum lalu bangun dan segera berlari masuk ke dalam bilik. Aku pun apa lagi? Tinggalkan semua kerja yang berlambak tu dan….kejarlah…hahaha….
TAMAT

Wednesday, October 7, 2015

BF n GF orhh so sweet

Kisah sedih antara sepasang couple :( :( 
Pada satu hari si gf menghantar
mesej kpada bfnya ..
Gf : Biy? kau sayang akuu?
Bf : Sayang.
Gf : Kenapa kau sayang aku?
Bf : Sebab sayanglah.
Gf : kau ikhlas tak dgan aku?
Bf : Ikhlas.
Gf : Kau ada curang tak?
Bf : Tak lah!
Gf : Okay sayang kau biyy :')
Bf : Okay.
Keesokan harinya si gf pun
menghantar lagi mesej kepada
bfnya ..
Gf : Biyy kalau besok aku takde lagi
kau sedih tak?
Bf : Kenapa cakap macam tu?
mestilah sedih.
Gf : Takde papelahh. aku nak kau
tau aku sayang kau .. aku tak
pernah curang dgan kau .
Bf : Yeke ni?
Gf : Sumpah biyy!
Si bf tak reply msg si gf .. si gf pun
menghantar satu lagi msg .
Gf : Aku ada something untuk kau
biy . jumpa esok okay :')
Si bf tetap tak balas msg si gf. Dua
hari selepas tu si bf tunggu msg dari
gfnya. Tetapi satu msg pun tak
diterimanya . Lalu si bf pun
menghantar msg kpada gfnyaa.
Bf : Weyy sayang!
Si gf tidak balas msg si bf .. si bf pun
mnghantar msg lagi ..
Bf : Sayang! mana kau ni?
Si bf pun pelik kenapa gfnya tak
balas msgnya . si bf pun berhasrat
ke rumah gfnyaa ..
*depan rumah gf*
Bf : Assalamualaikum !! aina adaa?
5 minat selepas tu kawan si gf pun
keluar ..
Kawan Gf : Waalaikumusalamm ..
kau bf aina eh? kau carik dia ke ?
hmm kau tak tau ke dia excident
malam tadi . Dia dah meninggal
duniaa *sambil menangis*
Bf : Apa! kau cakap betul-ii !
Kawan Gf : Ya allah betul dia ada
hadiah nak bagi kat kau malam tu
tapi tak sempat *sambil hulurkan
kotak kecil*
ambik ni .
Lalu si bf pun membuka kotak
tersebut dan terdapat sepasang
baju couple dan surat ..
*surat*
Biyy .. syg belikan baju ni khas
untuk biy walaupun tak semahal
dan semewah baju lain tapi syg
harap biy dapat terima and
jadikannya sangat bermakna buat
biy. Syg nak sangat tengok biy
pakai baju ni . Syg harap satu hari
nanti biy akan pakai baju ni dgan
org yg biy sayang. Syg tau biyy ada
yang lain semasa biy dgan syg
couple . syg tak marah sbb syg
sayangkan biy ..
Bf : *terduduk menangis*
‪#‎Hargailah‬ seseorang itu .. terimalah
dia seadanya .. janganlah nanti
menyesal tak sudahh :') bukan
senang nak dapat orang yang betul-
ii jujur ikhlas sayangkan kitaa.

Sweetnye pasangan suami istri niee



Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi




                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

Cerita sweet Kau dan Aku

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.” Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.

Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!