Friday, October 9, 2015

Asal sweet sgt hah?Jeles aq --"

Pada suatu hari, si isteri sedang sibuk membasuh baju. Tiba-tiba datang si suami. Mungkin disebabkan baru berkahwin, maka si suami suka mencium isterinya.
Oleh sebab isterinya masih malu-malu, maka isterinya berkata,

“Abang, abang suka cium sayang ea? Ermm, kalau abang tolong sayang buat keja, nanti sayang bagi abang cium.”

Si suami berkata,

“1 kerja 1 ciuman eh?”

Si isteri balas, “Iya...sambil tersenyum”.

Maka selepas si suami tau bila setiap kerja yang dibuatnya dia akan mendapat ciuman, terus si suami mengambil baju yang hendak disidai.

Sambil menyidai dia mengira bilangan pakaian yang disidai.

“1…2…3…4…”. X lama lepas tu, si suami memandang isterinya sambil berkata,

“Sayang, 1 helai 1 ciuman ea?”

 Si isteri bila melihat keletah si suami, isterinya tersenyum, =).

Setelah habis sidai baju, si suami pergi ke arah isterinya sambil menunjukkan buku 555. Si suami menunjukkan bilangan baju yang disidai yang telah dicatatnya tadi sambil bercakap,

“Baju tadi total abang sidai semua 25 helai. Sayang kena bagi abang 25 ciuman ea nanti.”

Isterinya berkata,

“Ermm, 25 ciuman.. Tapi tunggu lepas sayang lipat baju ea?”

Selepas baju kering, si isteri angkat dan bawanya masuk ke rumah untuk dilipat.Semasa si isteri hampir habis melipat baju. Si suami datang. Suaminya berkata,

“Ish, sayang ni buat kerja bukan nak panggil abang. Tengok tinggal 3 helai je”.

Si isteri berkata, “Erm, abang lipatlah lagi 3 helai tu.”

Sambil si suami melipat baju, si suami mengira, “1..2..3..”

Setelah habis si suami lipat 3 helai baju itu, si suami ambil baju yang telah dilipat oleh isterinya. Si suami buka kembali lipatan isterinya, kemudian dilipatnya kembali.

Si isteri terus bertanya kepada suaminya,

“Abang, kenapa bukak balik baju yang sayang dah lipat?”

Si suami balas,

“Xpelah, sayang kata 1 helai 1 ciuman, abang tadi dapat lipat 3 helai je. Mana cukup. Kalau abang bukak balik pastu lipat balik sama jugakkan?. Abang nak ciuman lebih dari sayang.”

Si isteri berkata, “Comellah suami sayang ni”….sambil tersenyum,=)”

Lepas habis sesi lipat melipat, seperti yang telah si isteri janjikan, isteri tersebut perlu memberikan “hadiah” yang telah dituntut oleh suaminya.

Erkk..cukup…Lepas tu apa jadi eh?

No comments:

Post a Comment