Friday, October 9, 2015

Cerita Pendek....Tapi Sa-weet gilerr

Semalam, genaplah setahun aku berkahwin. Aku tak sangka yang hidup lepas kahwin ni memang lain gila! Yelah, kahwin pun dengan gadis yang lain dari yang lain kan.
Alaa…semua orang pun boleh label pasangan mereka lain dari yang lain. Tapi, dari segi apa lain dari yang lain itu? Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Dan gadis itu, aku pandang dia lain dari yang lain… mengikut terma aku.
Kalau nak cerita pasal dia,  10 hari 10 malam pun belum tentu habis kisahnya. Tapi, aku nak cerita jugak.
Aira. Gadis yang aku anggap sangat istimewa. Satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri dan menyimpan hati aku sampai sekarang.
Aku kenal dia sejak kami belajar lagi. Kami satu kolej, tapi lain aliran. Dia student kewartawanan, aku kejuruteraan. Kami mula berkenalan pun sejak dia interview aku dulu.
Nak dekat dengan dia ni, bukan main susah! Tapi ayat punya ayat, akhirnya melekat jugekk. Yelah, dah jodoh kan? Lari la ke laut mana sekalipun, dalam periuk bertemu jugak. Eh?
Lainnya dia ni aku perasan, dia tak sama dengan student-student perempuan lain yang ada dekat kolej tu dulu. Dikala diorang sibuk berfesyen dengan gaya tudung yang bermacam-macam rupa, sampai aku sendiri pun tak tergayakan nengok fesyen diorang tu, dia pulak simple je gaya tudungnya, bertudung bawal yang dipin di kedua-dua bahunya.
Benda yang orang semua suka, benda tu lah yang dia takkan suka. Katanya, “Kalau semua orang suka benda yang sama je, tak best lah. Tak warna-warni lah hidup ni kan?” Betul jugak cakap dia tu.
Sedang kebanyakan perempuan sekarang ni gila dekat artis korea,  suka sangat dengar lagu dan layan cerita-cerita diorang, gadis ku ini pulak masih steady dengar lagu-lagu slow rock kegemaran ayah-ayah kita dulu.  Dan cerita kegemarannya tetap cerita melayu.
Selama aku kenal dia, susah nak tengok dia menangis. Kau bagilah masalah besar mana pun hempuk atas kepala dia, dia still akan chill dan cool. Tapi sekecil-kecil hal macam tengok wayang cerita melayu yang sedih tu, dia boleh beria-ia menangis! Bila isu tersebut dibincangkan, katanya, “Itu lah uniknya perempuan. Awak mana tahu.” Hmm…memanglah susah aku nak faham perempuan ni.
Aku akui, dia mungkin tidak selemah lembut gadis lain kerana dia agak garang dan mudah marah.  Namun segarang-garang gadis ku itu, kadang-kadang terserlah juga kelembutannya.  Dalam sikapnya yang mudah marah itu, aku nampak juga tingkah laku manja yang cuba disoroknya.
Lebih kurang macam lagu Fynn Jamal tu, “Dia punya manja, aku saja boleh rasa…” hehehe… sweet kan lagu tu? Kalau tak, takkan Ainan Tasneem nak nyanyi balik kan?
Dan kerana lainnya sifat gadis itu, hati aku cair meleleh-leleh.  Jika kau tengok macam mana rupa air batu cair, cair lagi hati aku.
Kalau ditanya mengapa aku boleh jatuh cinta dengannya, memang aku takkan boleh jawab. Seperti mana aku tak pernah perasan, sejak bila aku mula jatuh cinta dengan dia.
Macam kata Beto Kusyairy dalam teater ‘Ramleefestasi’ lakonannya dengan Cristina Suzanne yang pernah aku tonton dulu, “Kau tak perlu sebab untuk menyukai seseorang itu. Kalau kau sukakan dia kerana rupa atau sikap, semua tu takkan kekal. Jadi memadailah kau sukakan dia kerana ‘dia’ adalah ‘dia’.”
Mungkin ayatnya tak sama sangat sebab bukan ayatnya yang aku nak cerita sekarang ni, tapi apa yang cuba dia sampaikan. Itu yang penting untuk kita faham. Korang faham kan?
Yang aku kata lainnya pulak bila dah kahwin ni ialah sifat dia yang boleh dikatakan berubah 360 darjah. Tapi alhamdulillah lah, dia berubah menjadi yang lebih baik.
Sebelum kahwin dulu, susah nak tengok dia senyum. Kalau tak ada sebab, memang taklah dia nak tersenyum. Bukanlah dia tak suka ‘bersedekah’, dah memang dia jenis yang susah nak senyum. Nak buat macam mana kan? Itulah yang aku terima seadanya.
Tapi lepas kahwin ni, pagi-pagi lagi aku akan dihadiahkan senyuman manis dari dia yang setia duduk di tepi katil menunggu aku bangun dari tidur. Sweet ke tidekk?
Sebelum dia jadi milik aku dulu, memang sukar untuk menyentuhnya. Hatta memegang tangannya sekalipun. Kalau aku tersentuh sikit pun dia dah masamkan muka. Katanya, “Awak ingat perempuan tu boleh dipegang free-free aje? Kena bayar mas kahwin tau!” Aku senyum je dengar.
Tapi lepas dah bayar mas kahwin, dia sendiri yang suka peluk aku. Yelah, dah halal kan? Ahha…
Masa kitorang dating dulu, untunglah kalau dia nak call…alasannya, memang menyakitkan hati. Nak save credit! Kedekut sangat bunyinya. Tapi sekarang, setiap hari dia yang akan gigih call aku dekat office, nak tanyalah lakinya dah makan ke belum? Makan apa semua. Tak pernah miss satu hari pun. Katanya kalau tak dengar suara aku satu hari, nanti rindu. Ceh. Bukan ke nanti jumpa dekat rumah?
Tiada ku sangka, isteri aku tu rupanya pandai mengayat jugak.  Hai Aira..kau memang buat aku gila bayang!
Kalau aku tahulah, yang aku akan bahagia hidup dengan dia lepas kahwin ni..dari kecik lagi aku dah kahwin dengan dia. Eh, takkan gatal sangat kot?
Dan semalam, kami selamat menyambut anniversary kami yang ke setahun. Harapnya, kekal lah sampai ke syurga. InsyaAllah…
Tapi, kenapa yang aku rajin sangat cerita pasal Aira ni? Pasal aku tengah bosan duduk dalam kereta sorang-sorang. Aku sebenarnya tengah tunggu Aira habis interview. Interview siapa? Ha.. Ini yang kita tak tahu.
Aku dah janji dengan dia nak jemput dia hari ni. Tu yang sekarang tengah tercongok je tak tahu nak buat apa ni.
Aku jeling jam di tangan. Senyum. Oh, patutlah. Dia kata habis pukul 5.30, sekarang baru pukul 5.25. Excited sangat nak jemput dia, sebab tu aku cabut awal dari office tadi.
Lima minit lagi..Aira oh Ai… haa..tu pun dia…
Korang, tu lah isteri aku. Aira…Atau nama sebenarnya, Zuhairatunnurfatin. Memang namanya panjang. Orang kata kalau nama perempuan panjang, susah nak sebut masa akad nikah. Apedehal? Kalau dah nama tu memang tersemat dalam hati kau, nescaya lancarlah kau nak menyebutnya masa akad  nikah nanti, yetak?
Tapi, aku panggil dia Aira je, kadang-kadang sayang ke, manja ke, darling ke, serta sewaktu dengannya. Umurnya 26 tahun, bekerja sebagai wartawan majalah.
Aku tengok Aira keluar dari bangunan pejabat yang tinggi melangit ni. Ingat nak datang dekat lah. Aku pun mula nak masuk gear, nak ke depan. Tapi langkah aku terhenti bila nampak sesuatu.
Hishh…lelaki mana pulak dengan Aira aku tu? Amboi, bukan main mesra lagi. Dok gelak-gelak sakan! Nak kena beduk agaknya jantan ni! Awas kau!
Lama jugak la aku spy diorang ni. Syok berborak punya pasal, sampai Aira tak perasan-perasan aku dah lama sampai dekat situ. Hishh..siapa mamat tu? Bergaya bukan main. Ni yang cemburu lelaki aku mula nak meroyan ni!
Beberapa minit lepas tu, baru Aira perasan aku dah sampai. Dia datang dekat kereta. Masuk aje kereta dia salam tangan aku sambil senyum.
“Hai sayang!” Sapanya.
“Hmm…” Aku balas pendek. Merajuk lah kononnya.
“Abang dah lama sampai ke? Sorry lah Aira tak perasan.”
“Tak apa lah.” Aku terus memandu. Aira cuma senyum je. Tak sedar lagi lah tu, yang aku tengah merajuk.
Dalam perjalanan, aku diam je. Aira yang banyak berceloteh itu dan ini. Sempat jugak dia bercerita tentang sesi interview dia tadi.
###
Kertas kerja berlambak-lambak atas meja ni. Tapi aku tak boleh nak fokus, masih fikirkan apa yang aku nampak petang tadi. Salah aku ke cemburu sangat dengan isteri aku tu? Aira tak habis-habis cerita pasal mamat tu tadi. Businessman ternama lah. Berjaya lah. Macamlah bagus sangat!
Sekarang dia tengah nyeyak tidur dalam bilik. Biasanya macam tu lah, balik je kerja dia akan tidur dulu dan bangun semula tengah malam. Penat sangat, aku tahulah kerja dia tu sibuk. Tapi masalahnya aku tengah kusut ni, dia boleh pulak sedap bantai tido!
Tiba-tiba datang ‘sesuatu’ mendakap aku dari belakang. Sebuah ciuman juga turut mendarat di pipi. Aroma harum dari tubuh sang isteri menusuk hidung. Hishh..nak goda aku la tu!
Senyuman manis dilemparkan olehnya namun aku balas nipis.
“Abang nak apa-apa? Minum ke, Aira buat kan…”
“Tak apa lah…” Suara aku macam tu dengan harapan Aira tahu aku merajuk. Haha…
“Abang okey ke ni? Dari petang tadi, lain macam je Aira tengok?” Yes! Dia dah mula perasan.
“Okey je…” Aku jawab sambil pura-pura sibuk.
“Yelah tu? Abang ni, kalau ada masalah cakaplah dengan Aira. Janganlah monyok macam tu. Dah tak handsome dah tu hah.” Aira gelak.
“Yelah, abang ni tak handsome. Tak macam orang yang awak interview petang tadi tu.” Aku kalau merajuk, memang macam perempuan. Rasakan! Dulu kau merajuk, bukan main payah lagi aku nak pujuk. Ni baru sikit ni.
“Eh…lain macam je bunyinya tu? Abang jealous ke? Alolo…cute nya…” Aira cubit pipi aku. Aku tepis lalu bangun dari meja makan dan duduk di sofa.
Aira jugak ikut duduk di sebelah aku. “Memang betul apa? Abang ni tak hebat macam orang-orang yang awak interview semua tu. Selebriti lah, doktor lah, pilot lah, businessman lah!” Perkataan businessman tu saja je aku kuatkan.
“Apalah yang abang nak jealous sangat ni? Aira bukannya first time interview orang bang.”
“Yelah, awak tu, mesra sangat dengan mamat petang tadi tu. Dulu awak tak macam tu pun? Dengan lelaki bukan main garang lagi. Dengan dia tu, boleh pulak awak bergelak sakan?”
“Alaa…abang janganlah jealous sangat.  Saya cuma interview dia je…tak ada buat apa-apa yang boleh buat abang jealous pun. Percayalah…” Aira melentokkan kepalanya di bahu aku.
“Abang bukan nak jealous sangat, tapi tengok awak selalu jumpa macam-macam orang, abang tercabar jugak.”
“Abang, abang jangan risau ek? Sepopular mana pun selebriti, sekaya manapun businessman, sebijak manapun doktor, sehebat manapun pilot yang saya jumpa, yang saya interview…saya cuma pandang ‘engineer hati’ saya ni je…saya sayang dia sorang je,” Aira senyum pandang aku sambil mengenyitkan mata.
Aku yang dengar dah senyum-senyum macam mat kuntum.  Yahoo…! Bunga-bunga hati aku dengar isteri aku cakap macam tu.
“And by the way yang, he’s married already with my bestfriend Afeeqah. Feeqah yang suggest Aira interview husband dia, masa Aira sibuk cari orang nak interview untuk column Aira tu.” Aku pandang Aira sambil senyum.
“Fuhh..lega hati abang dengar dia dah kahwin!” Aira senyum lalu tarik bahu aku menyuruh aku memandang menghadapnya.
“Jadi, sempena abang dah salah faham hari ni, Aira nak nyanyikan satu lagu untuk abang.”
“Lagu apa?” Aku pandang Aira sambil tongkat dagu.
“Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hati ku…Terukir di bintang tak mungkin hilang, cintaku padamu…” Cup.. . sejurus itu, satu ciuman singgah di pipi aku.
Aku pandang Aira. Aira senyum-senyum lalu bangun dan segera berlari masuk ke dalam bilik. Aku pun apa lagi? Tinggalkan semua kerja yang berlambak tu dan….kejarlah…hahaha….
TAMAT

No comments:

Post a Comment